Kain Songket
ini telah direka semasa berkerja di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
pada tahun 1989. Kain sarong songket ini mempunyai kepala kain yang bermotifkan
pending dibahagian tengah dan pucuk rebung bunga kenanga. Dihiasi dengan bunga
renit-renit bermotifkan bunga cengkih dan bunga tanjung.Pengapit kepala kain
bermotifkan pucuk rebung gigi bota dan kendik mata ikan
